Cameron Highlands

 


Cameron Highlands terletak di Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya barubah-ubah mengikut lokasi di antara 1070 meter sehingga 2031 meter dari paras laut. Terdapat lapan gunung di Cameron Highlands. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands. Cameron Highlands juga menjadi tempat tarikan pelancong kerana terdapat Ladang Teh yang besar dan juga tempat penanaman dan penjualan buah strawberry. Disebabkan suhu iklim yang sejuk di Cameron Highlands, pokok-pokok dan buah-buahan seperti strawberry amatlah subur di sini.


Kami singgah di Ladang Teh Cameron Highlands untuk minum teh asli yang dipetik di sini dan menikmati permandangan ladang teh yang luas dan indah. Rasa teh yang dibancuh di sini sangat sedap oleh kerana daun teh yang asli dan segar dipetik dari ladang dan direndam sehingga menjadi air teh. Ia berbeza dengan teh yang kita beli kerana teh tersebut sudah diproses dan keasliannya berkurang. 



Gambar di atas adalah tempat di mana pelancong-pelancong datang untuk memetik strawberry.


Terdapat banyak tempat beli-belah di Cameron Highlands antaranya ialah Centrum Cameron Highlands, Brinchang. Tempat ini mempunyai banyak komplek beli-belah yang menjadi tarikan pelancong. Dengan reka bentuk yang unik dan kreatif, Centrum ini juga menjadi tempat pelancong mengambil gambar serta berehat.





Semasa berada di Cameron Highlands, kami diperkenalkan dengan spesis buah strawberry yang diimport dari Jepun. Buah strawberry ini adalah buah yang dikacuk serta mengandungi kandungan susu. Dengan ini kita dapat menimba pengetahuan yang berguna tentang flora dan fauna dengan lebih luas. 










No comments:

Post a Comment