Friday, December 1, 2023

LAB 4 (POSTER) VACATION TO PULAU REDANG


Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang TengahPulau Perhentian BesarPulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong, juga terletak di sempadan Terengganu, dan Kelantan.